Reflection Week 2
Sirih dari Pulau Mutiara, Dibawa oleh Cik Puan Muda, Salam diberi mula bicara, Hajatku ingin berkongsi minda. Pantun empat kerat di atas adalah contoh kandungan kurikulum bahasa melayu yang dipelajari di sekolah-sekolah di Malaysia. Banyak juga manfaat yang didapati dari kurikulum ini dimana pelajar-pelajar dapat menyusun bicara dengan beradab. Perkara ini mewakili keberkesanan sebahagian kurikulum di Malaysia. Kurikulum mempunyai banyak definisi yang boleh digabungkan dari definisi yang pelbagai. Secara umumnya, kurikulum selalu dikaitkan dengan rancangan pengajaran dan pembelajaran yang dirangka bagi memenuhi keperluan pendidikan individu yang sentiasa mengalami perubahan dan perkembangan sejajar dengan tuntutan semasa. Secara praktisnya, hasil kurikulum pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Kurikulum mempunyai banyak definisi yang ...